Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Peserta S'pura buat pengulas menangis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

DANGDUT ACADEMY ASIA 3

Peserta S'pura buat pengulas menangis

Rahila buat persembahan sentuh perasaan hingga ramai mengalir air mata, wakil lain S'pura juga dapat ulasan baik
Oct 28, 2017 | 05:30 AM



PESERTA Singapura dalam rancangan popular Indonesia Dangdut Academy Asia 3 (DAA3) menunjukkan kelakonan baik biarpun menghadapi persaingan hebat daripada negara-negara jiran.



Salah seorang wakil Singapura, Rahila Rashun, misalnya, membawa lagu Cinta Aku Kerana Allah (dipopularkan Novi Ayla) dengan mendayu-dayu, berbeza daripada rentak lebih rancak yang dibawa oleh penyanyi asalnya.



Persembahan Rahila cukup menyentuh hati penonton hingga ramai mengalirkan air mata, termasuk penyanyi tempatan, Rosalina Musa, yang memainkan peranan sebagai pengulas.



Walhal Rahila, yang sebelum ini dikenali sebagai peserta Akademi Fantasia (AF) di Malaysia tahun lalu, merupakan penyanyi aliran pop.



Pertandingan bagi peserta Top 36, yang bermula Selasa lalu, itu disiarkan secara langsung daripada saluran Indosiar di Jakarta pada 8.30 malam waktu Singapura.



Rosalina, yang tahun ini turut memainkan peranan sebagai pengurus bakat, mendapatkan dan mengasah bakat tempatan bagi mewakili negara ke rancangan tersebut.



"Dia yang menyanyi, saya pula yang menggigil... Rahila bukan penyanyi dangdut dan kalau nak tahu, dia tak mahu sertai pertandingan ini, tetapi saya yang pujuk. Saya bangga dengan pencapaian Rahila," kata Rosalina, yang popular dengan panggilan Kak Ros dalam kalangan peminat Indonesia.



Penyanyi Singapura itu telah tiga musim diundang mewakili suara Singapura dalam rancangan tersebut.



Sehari sebelum itu, seorang lagi peserta Singapura, Eriy Ryzal, yang membawakan lagu Jera (dipopularkan oleh Rita Sugianto), turut mendapat ulasan baik daripada juri.



Bahkan, pengulas dari Indonesia, penyanyi dan pelawak, Soimah Pancawati, turut memuji suara Eriy dan Rahila dan menyifatkan peserta Singapura tahun ini jauh lebih baik berbanding peserta musim lalu.



Bagaimanapun, Soimah tetap memberi teguran suara kepada kedua-dua peserta Singapura yang masih boleh diperbaiki lenggok dangdutnya.



Pertandingan itu membariskan 36 peserta dari enam negara - Singapura, Malaysia, Brunei, Indonesia, Timor Leste dan Thailand - dengan setiap satu negara mewakilkan enam peserta.



Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan.



Selain Rahila dan Eriy, turut mewakili Singapura ialah Ajul Anwar, Nor Haqeem, Nada Fitri dan Sunny Jackson.



Ajul, daripada kumpulan ketiga yang bertanding kelmarin malam, didapati pengulas mempunyai tonasi yang baik tetapi perlu memberi tumpuan kepada sebutan dan lenggok yang lebih beralun bagi lagu dangdut. Namun, beliau sudah pun tersingkir kelmarin.



Seperti Rahila, Sunny Jackson juga merupakan bekas peserta AF.



Walaupun Sunny atau nama sebenarnya Kamsani Jumahat, 27 tahun, peserta pertama yang disingkirkan dalam AF 2013 di Malaysia, Sunny sudah ke Sweden dan mendapat tempat ketiga dalam Kejuaraan Dunia Karaoke (KWC).



Beliau juga sudah mencuba nasib di Kejuaraan Seni Pementasan Sedunia (WCOPA) di Hollywood, Amerika Syarikat.



Sunny ditempatkan dalam kumpulan enam dalam DAA3.



Pengarah Program dan Produksi di SCTV dan Indosiar, Harsiwi Achmad, dalam sidang akhbar yang diadakan di Jakarta baru-baru ini, berkata bahawa rancangan DAA3 telah berjaya menyatukan negara-negara tetangga menerusi muzik.



Siaran rancangan juga dapat diikuti menerusi pelbagai wadah media sosial dan streaming di laman-laman Internet.



"Saya dapat tahu bahawa rancangan ini tidak hanya ditontoni peminat dari enam negara peserta, bahkan negara lain termasuk Amerika, Arab Saudi, Hongkong dan Korea Selatan kerana mereka yang memahami bahasa kita dan sukakan muzik kita ada di mana-mana," kata Harsiwi.



Selain Rosalina (Singapura) dan Soimah (Indonesia), pengulas tetapnya dari Malaysia ialah penyanyi dangdut Mas Idayu.



Selain itu, beberapa anggota juri undangan termasuk Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >