USIANYA baru 11 tahun tetapi Nur Rifqah Adriana Amin, pelajar daripada Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiyah, petah bercerita.
Cerita yang disampaikan bukan dongeng biasa, sebaliknya berdasarkan sejarah Imam Syafii dan ibunya yang reda dengan ketentuan Tuhan apabila anaknya mahu menimba ilmu di luar Makkah.