Dengan teknologi berkembang pesat, payah membayangkan bagaimana kerjaya yang akan dijana dalam tempoh 10-20 tahun akan datang. Bagaimanapun, beberapa belia sudah mengorak langkah mencorak kerjaya mereka dengan memanfaatkan teknologi dan tidak menjadikan jarak antara mereka dengan pelanggan sebagai jurang pemisah. Kebebasan mengatur jadual kerja dan menjangkau serata dunia menjadi tarikan. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) dan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) meninjau pilihan kerjaya futuristik dan tugasan lain yang dijangka popular pada masa depan.
USAHA proaktif mempersiapkan belia masa kini bagi tuntutan kerjaya futuristik giat dikendalikan lima politeknik setempat.