DEDIKASI dan daya kreatif anak sulungnya, Allahyarham Iskandar Mirza Ismail, khususnya dalam menjayakan projek gah seperti mengarah muzik Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sangat disanjungi tokoh seni suara veteran, Asiah Aman, yang lebih dikenali dengan panggilan Nona Asiah.
Lantaran itu, apabila Iskandar menerima Pingat Budaya pemberian Majlis Seni Kebangsaan (NAC) pada 2008, Nona Asiah cukup terharu bahkan mengharapkan Iskandar akan mencetus inspirasi buat anak Melayu lain yang menceburi bidang muzik.