SEORANG qari terkenal Malaysia yang menjadi anggota juri dalam musabaqah peringkat antarabangsa, Dato' Nik Jaafar Nik Ismail, akan berkongsi ilmu dalam mempelajari taranum bil Quran di sini dalam sesi dua hari minggu depan.
Beliau yang ke sini atas undangan Masjid Jamiyah Ar Rabitah akan mengendalikan sesi Taranum Bil Quran: Terapi Penenang Jiwa pada 13 Februari, diikuti dengan muzakarah khusus kurikulum bersepadu untuk qari dan qariah pada hari berikutnya.