JIKA masyarakat secara umum kini lebih bersedia membeli beg berjenama terpakai, masyarakat Melayu pun begitu juga, kata pemilik kedai yang menjual beg mewah terpakai The Attic Place, Cik Julie Er.
Beliau menganggarkan pelanggan Melayunya membentuk 30 hingga 35 peratus, sekali gus mencerminkan orang Melayu turut menghargai jenama mewah dan bersedia melabur untuk mendapatkan beg yang baik.