Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Rawatan 'hospital' di rumah sendiri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rawatan 'hospital' di rumah sendiri

Sejak diperkenal pada 2012, program Hospital Virtual kendalian Hospital Tan Tock Seng (TTSH) telah membantu sekitar 1,100 pesakit yang kerap keluar masuk hospital. Di bawah program tersebut, pesakit yang kebanyakannya warga tua akan menerima sokongan di rumah sendiri. Siapakah mereka yang meraih manfaat dan apakah cabaran jururawat? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) mengikuti seorang pengurus kes mengunjungi kediaman pesakit baru-baru ini.
Jun 29, 2016 | 05:30 AM



KOPI merupakan minuman yang perlu diminum Cik Salmah Kawan Waina Mohd Ibrahim setiap hari.



Namun, dalam keadaan kesihatan kurang baik, ibu dua anak itu 'tidak dibenarkan' minum terlalu banyak.



Meskipun begitu, nenek lapan cucu itu masih enggan mengurangkan minuman kopi hariannya sehingga ia sering menyebabkan masalah pertambahan air dalam tubuh.



Beliau yang berusia 65 tahun menghidapi kencing manis, tekanan darah dan kadar kolesterol tinggi, lemah jantung dan sakit ginjal.



"Mak cik memang tak boleh lepas kopi. Tanpa kopi kehidupan harian macam tak lengkap. Mesti nak ada kopi," katanya, yang tidak dapat berpuasa sejak enam tahun lalu akibat penyakit yang dialami.



Mujur seorang jururawat mengunjunginya sekali setiap dua atau tiga bulan bagi menerangkan kepadanya tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipatuhi setiap hari.



Jururawat tersebut, Cik Rujia Ali Shahul Hameed, 46 tahun, yang juga Pegawai Pengurusan Kes Kanan Hospital Tan Tock Seng (TTSH), menjalankan pemeriksaan kencing manis, darah tinggi dan mengambil berat badan Cik Salmah setiap kali melawatnya.



"Jika berat badannya meningkat, ia menunjukkan beliau minum minuman berlebihan daripada apa yang disarankan.



"Apabila ini berlaku, saya akan mengingatkan beliau tentang kadar minuman yang disarankan atau beliau boleh hadapi pelbagai masalah lain termasuk sukar bernafas," jelas Cik Rujia.



Jika dahulu Cik Salmah sering dimasukkan ke hospital setiap kali jatuh sakit, kini sejak kehadiran jururawat itu, beliau tidak lagi perlu terlalu kerap 'keluar masuk hospital'.



Ini hasil pemantauan rapi yang diperolehi daripada pengurus kesihatan seperti Cik Rujia.



Pada masa yang sama, Cik Salmah mendapat sokongan daripada anak perempuannya, Cik Izam Zamah Kusmon, 45 tahun, yang menjaganya, termasuk memantau pemakanan harian dan ubat.



"Sebelum ini, memang kami kurang pasti akan cara menjaga ibu dengan keadaan kesihatannya yang kurang baik.



"Namun, lama-kelamaan selepas mendapat keterangan dan bimbingan jururawat, kami lebih peka dan sedar akan apa yang patut kami lakukan," jelas ibu tunggal lima anak itu, yang turut mengalami masalah kesihatan sendiri.



Keluarga tersebut, - terdiri daripada Cik Salmah, anaknya Cik Izam dan tiga cucu - tinggal di flat sewa jenis 'L' di Ang Mo Kio Avenue 4.



Mereka bergantung pada bantuan kebajikan seperti daripada Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Cenral, yang memberi mereka $400 sebulan, $200 daripada Majlis Ugama Islam Singapura dan baucar makanan berjumlah $100 daripada Kelab Masyarakat Kebun Baru.



Mereka turut menerima habuan makanan kering berjumlah $30 setiap bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >