SUKARELAWAN program Bimbingan Kemahiran Hidup dan Akademik Yayasan Mendaki, Encik Muhammad Firdaus Kamaludin Jamal, 28 tahun, mampu mendorong anak muda pendiam berasa selesa berbicara depan khalayak ramai.
Beliau juga berjaya memberi dorongan kepada anak muda tersebut, yang menceburi bidang aeroangkasa di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), sehingga berjaya menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik.