KEMUDAHAN perpustakaan awam yang ada di Singapura semakin canggih dan semakin mesra pengunjung hari ini - bukan setakat bagi pencinta buku, bahkan mereka yang lebih gemar menonton video atau mendapatkan maklumat terkini.
Jika anda minat bermain dengan teknologi seperti pencetak tiga dimensi (3D) atau pengawal mikro, Perpustakaan Daerah Jurong mempunyai makmal Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) atau IDA Labs.