MEMBERI kejutan yang membuat penonton terpaku dengan setiap persembahannya saban minggu merupakan misi bakat termuda Akademi Fantasia(AF)2016, Kareshma Martin John Patrick (Reshma).
Gadis 18 tahun itu malah disebut-sebut bakal menjuarai AF selepas peserta Singapura, Nurul Rahila Rashun, yang memiliki vokal bertenaga tersingkir di peringkat separuh akhir peraduan realiti Astro Ria itu.