PETALING JAYA: Pelakon siri drama #AssalamualaikumCinta, Saharul Ridzwan Hashim, 27 tahun, selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28 tahun, kira-kira 9 pagi semalam.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Ahmad Teruki dalam satu majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, lapor laman mStar Online.