ADANYA sumber, tenaga dan kemudahan yang lengkap di studio mendorong kumpulan KRU memulakan empat saluran video Internet mulai bulan ini.
Awal bulan depan, KRU Studios di Cyberjaya, Selangor, akan menyediakan saluran video Internet bernama Playbox menerusi laman Hypp TV, satu kerjasama dengan syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia (TM).