PERSAHABATAN yang terjalin ketika mereka sama-sama menjayakan rancangan realiti dangdut D' Academy Asia yang begitu popular di Indonesia pada akhir tahun lalu ternyata tidak putus biarpun rancangan itu sudah lima bulan berlalu.
Pada Jumaat lalu, peserta dari Singapura Lynn Malik, menerusi syarikatnya Lynn Malik Productions, telah mengumpulkan sebahagian rakan yang sama-sama menyertai rancangan itu untuk menjayakan acara Hari Ibu yang berlangsung di The Ballroom @ East Coast.