KISAH kehidupan polis Gurkha dan keluarga mereka mendapat tempat istimewa dalam Pesta Penulis Singapura (SWF) ke-18 tahun ini, menerusi satu pameran With The Gurkhas petikan jurugambar profesional, Encik Zakaria Zainal, 30 tahun.
Pameran gambar yang 'menje- nguk' sejarah dan masa depan polis Gurkha yang telah berkhidmat di Singapura sejak 1949 itu merupakan antara tarikan acara SWF.