SUDAH hampir sedekad lamanya Pesta Muzik Mosaic menghiburkan pencinta muzik dengan pelbagai genre muzik seperti jaz, soul, pop, elektronik dan rok.
Maka, masanya sudah tiba bagi pusat seni Esplanade sebagai penganjur acara gilang-gemilang ini meninjau cara baru yang berupaya menyemarakkan lagi industri muzik secara keseluruhannya.