Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Selena Gomez dapat ginjal daripada rakan artis

Sep 16, 2017 | 05:30 AM



PENYANYI Selena Gomez baru-baru ini menjalani pemindahan ginjal sebagai rawatan terkini bagi penyakit lupus yang dihidapinya.



Penderma ginjal itu ialah pelakon televisyen yang juga rakan baiknya, Francia Raisa.



Gomez, yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram, memuat naik gambarnya berpegang tangan dengan Raisa di laman media sosial tersebut.



Gambar itu menunjukkan mereka sedang baring di katil hospital masing-masing.



Satu lagi gambar menunjukkan parut besar di perut Gomez.



Gomez, 25 tahun, yang telah melancarkan beberapa single baru-baru ini akui bahawa peminat tertanya-tanya mengapa beliau tidak melakukan lebih banyak publisiti bagi mempromosikan muziknya.



"Saya mendapat tahu bahawa saya memerlukan pemindahan ginjal disebabkan penyakit lupus saya dan saya sedang beransur pulih. Ia perkara yang saya perlu lakukan demi kesihatan menyeluruh saya," tulis Gomez, dalam kiriman yang mengiringi gambar-gambar itu.



"Saya benar-benar tidak sabar mahu mengongsi dengan anda dalam masa terdekat, perjalanan saya sepanjang beberapa bulan lalu," tulisnya lagi.



Beliau melahirkan penghargaan kepada Raisa, yang dikenali menerusi wataknya dalam siri drama siaran ABC, The Secret Life of the American Teenager, dan filem komedi, Bring It On: All or Nothing.



"Beliau memberi saya hadiah dan pengorbanan yang sebesar-besarnya dengan mendermakan ginjalnya kepada saya. Saya rasa amat diberkati. Saya sangat menyayangimu," tulis Gomez.



Bekas bintang kanak-kanak itu mendedahkan pada 2015 bahawa beliau disahkan menghidap lupus, penyakit kronik yang membuat sistem imun dalam tubuh menyerang tisu sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >