AIR mata mengalir membasahi pipi pembantu rumah Indonesia, Cik Susi Rimasari Darim, mengenang dirinya yang sudah lima tahun tidak merasakan nikmat Ramadan dan Syawal sejak menjejakkan kaki di sini.
Menetap bersama majikan yang dianggap kepala angin dan kebanyakan masanya dingin, beliau tidak diizinkan berpuasa apatah lagi meraikan Lebaran, hari kemenangan umat Islam yang dinanti-nantikan.