MESKIPUN tiada pengetahuan formal dalam bidang seni, mahasiswa jurusan perniagaan di Institut Pengurusan Singapura (SIM), Encik Sirhan Haziq Noorma'at, tetap cenderung berkarya.
Menerusi laman Instagram, beliau, 23 tahun, memuatkan ilustrasi seni, yang menarik perhatian penganjur pameran seni di The Substation baru-baru ini.