PELANGGAN yang menempah busana pereka fesyen setempat, Encik Raffiey Nasir, bukan calang-calang.
Antara barisan personaliti dalam senarainya termasuk Ketua Bahagian Melayu MediaCorp, Cik Zakiah Halim; penyanyi hebat, Datuk Siti Nurhaliza; penyanyi yang semakin terkenal di China, Shila Amzah; dan deejay popular setempat, Fiza O.