PELAKON Shah Iskandar tidak menyimpan rasa dendam terhadap pihak yang menabur fitnah kononnya beliau terlibat dalam penyalahgunaan dadah sehingga berat badannya susut secara mendadak.
Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33 tahun, berkata beliau tidak mempunyai sebab berbuat demikian kerana ramai pihak tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik kehilangan berat badannya.