RAMADAN tahun ini lebih meriah buat pelakon Shaheizy Sam dengan kehadiran isteri tersayang, Syatilla Melvin.
"Selalunya semasa bulan puasa, Mummy akan masak di dapur seorang diri. Tahun ini, saya seronok melihat dapur kecoh dengan isteri saya menolong Mummy," kata Shaheizy, yang mendirikan rumah tangga Februari lalu.