Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Shahir tidak jadi undur diri berkat sokongan ramai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shahir tidak jadi undur diri berkat sokongan ramai

Oct 22, 2017 | 02:21 PM



DENGAN nama finalis Akademi Fantasia (AF) Megastar, Shahir Zawawi, dikaitkan dengan pramugari, Mona Syamimi Mohd Samsudin, dek foto tular mereka berdua yang menimbulkan bermacam spekulasi tentang hubungan mesra antara kededuanya, timbul pula  bermacam kisah kontroversi sejak akhir-akhir ini.


Mentelah pula, Shahir, 29 tahun, dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan Primadona Filem Melayu Masa Kini, Erra Fazira, 43 tahun, manakala Mona, 27 tahun, pula mengaku sedang mengenali hati budi seorang pemain bola sepak Terengganu.


Kerana lelah dengan kritikan orang ramai di media sosial, Shahir di laman Instagramnya Khamis lalu, awalnya terdesak mengambil keputusan menarik diri daripada konsert akhir AF Megastar yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, malam ini.


"Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya. Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan impian kerjaya saya, insya-Allah saya sendiri akan tarik diri dari pentas akhir AF Megastar," tulis Shahir.


Namun, selang beberapa hari selepas itu, Shahir yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, akur bahawa langkah mengundurkan diri bukan keputusan yang bijak. Beliau kekal bertanding demi tidak menghampakan peminatnya dan pengacara AF Megastar yang dihormati, Aznil Nawawi.



Keputusan meneruskan perjuangan itu dibuat selepas merujuk kepada anggota keluarga, teman-teman karib dan pihak penerbitan program realiti itu.


"Saya akur kesan media sosial ini memang hebat dan sekelip mata. Biasanya, saya akan merujuk kepada anggota keluarga saya bagi setiap keputusan muktamad. Mereka pun dah faham beginilah dunia artis sejak saya masuk dalam bidang ini lagi.



"Sokongan dan nasihat mereka amat saya hargai. Maka saya kembalikan fokus pada peringkat akhir ini.


"Pusingan sebelumnya tidak terlalu berat atau mencabar buat saya berbanding memikirkan tentang persembahan pada konsert akhir kelak. Sebabnya, bermacam konsep persembahan yang harus difikirkan," kata juara AF Musim Lapan ini ketika ditemui Berita Harian di sesi bertemu peminat dan pelanggan Singtel TV di Hotel Grand Bluewave Shah Alam.


Shahir akan menyanyikan lagu Kerispatih, Tapi Bukan Aku dan lagu ciptaan bersama dirinya dan Awi Rafael, Mama Jangan Pergi, malam ini.


Dalam wawancara berasingan, Erra yang dihubungi Berita Harian Malaysia pula berharap Shahir tidak terlalu mengikut perasaan dan menganggap segalanya sebagai asam garam dunia artis.


"Mungkin tampak senang bercakap sedemikian kerana bukan kita yang mengalaminya. Namun, selepas berjuang sejak awal dalam pertandingan ini, hingga mara ke peringkat akhir, dia kenalah kuat semangat.


"Saya percaya, ramai peminat yang sayangkan bakatnya. Ramai juga yang mahu melihat dia beraksi di pentas akhir pertandingan itu," kata Erra sambil memberitahu, beliau berjaya menghubungi dan memujuk Shahir agar terus menyertai peraduan itu hingga ke noktahnya.


Aznil dalam lampiran pos Instagramnya pula memberi kata-kata semangat buat Shahir.


Aznil menjelaskan: "Saya sayang adik. Pak Nil tak nak adik kalah dalam hidup. Cukup-cukup sebelum ini. Masa untuk adik bangkit.



"Adik miliki masa depan yang cerah. Pak Nil takkan tanya cerita  perempuan itu dan harap orang lain juga berhenti bertanya tentangnya."


Shahir akan bersaing dengan empat peserta bukan calang-calang, Bob Yusof, Idayu, Marsha Londoh dan Syamel.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >