PENYANYI duo dari kumpulan ZiaBella, Shazia, berkata beliau telah memaafkan bekas kekasihnya, Aweera, tetapi dengan bersyarat, ekoran kes pukul yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Shazia atau nama sebenarnya Shazia Mohd Rozaini, 23 tahun, berkata, beliau tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu apatah lagi dalam situasi kerjaya seni kumpulan ZiaBella, yang masih baru selepas penerbitan single keduanya berjudul Unfollow Hatiku.