Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Siti Nordiana kesal dituduh enggan tolak ansur

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti Nordiana kesal dituduh enggan tolak ansur

Mar 22, 2016 | 01:48 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana meluahkan rasa kesal dituduh tidak boleh bertolak ansur soal bayaran persembahan selepas menjuarai pertandingan Gegar Vaganza musim kedua tahun lalu.



Siti Nordiana atau Nana, 33 tahun, bagaimanapun berkata dakwaan sebegitu datangnya daripada individu yang tidak senang melihat kejayaan diraihnya hari ini sekali gus berniat ingin melihat kerjaya seninya jatuh, lapor mStar Online.



"Jujurnya Nana agak terkejut dan kesal apabila ada pihak yang cuba menimbulkan isu sebegini di saat kerjaya seni Nana sedang diterima masyarakat.



"Apa-apa pun, Nana tidak mahu melatah kerana Nana tahu tidak semua orang akan sukakan kita.



"Nana bukan setahun dua dalam industri seni ini. Sudah 16 tahun. Justeru Nana sangat faham kenapa isu demand ini cuba dihangatkan oleh sesetengan pihak yang mungkin ada rasa tidak puas hati dengan Nana sebelum ini.



"Apa yang boleh Nana katakan, inilah bahagian Nana yang Allah janjikan dan apa yang perlu buat, hanya bersyukur dengannya," katanya kepada mStar Online.



Nana ditemui pada majlis sidang media pelancaran minggu setiausaha bersamanya di Menara Kuala Lumpur, di sini semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >