Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Siti Nurhaliza selamat lahirkan anak perempuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti Nurhaliza selamat lahirkan anak perempuan

Mar 19, 2018 | 11:44 AM



PENYANYI popular Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di KUala Lumpur, sekitar 8.17 pagi.



Perkara berkenaan disahkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu kenyataan rasmi di akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk.



Menurut Rozi, bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.



“Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja untuk melawat.



“Pasangan ini memilih Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.”



Rozi menjelaskan, buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.



Pasangan itu juga memohon diberikan sedikit masa sebelum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka.



Sementara itu, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak pertama mereka berjalan lancar dan selamat.



Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat serta pihak media di atas sokongan sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.



Siti Nurhaliza dan Khalid mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006.



Siti Nurhaliza secara terbuka berkongsi perjalanan untuk mendapatkan zuriat, termasuk pernah keguguran sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >