Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Slam papar ketahanan melalui Konsert Dua Dekad

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Slam papar ketahanan melalui Konsert Dua Dekad

Jun 29, 2016 | 05:30 AM



WALAUPUN melalui tempoh sukar sepanjang memperjuangkan diri dalam bidang muzik termasuk vokalis utamanya ditahan kerana kes dadah, kumpulan Slam tetap bertahan selama dua dekad.



Justeru, untuk menghargai sokongan peminat, Slam akan mengadakan konsertnya di tempat asal yang menyatukan anggota mereka - Johor Bahru.



Slam merupakan band yang menggabungkan pemuzik Singapura dan Johor Bahru.



Konsert terbaharu mereka berjudul Konsert Dua Dekad Slam Kembali Terjalin yang dianjurkan oleh DMS360, akan berlangsung di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 3 September ini.



Sebelum itu, Slam telah mengadakan konsert Kurnia di Kuala Lumpur pada 14 Mei.



"Aura konsert Kurnia masih terasa. Bukan semangat saya sahaja, malah anggota Slam yang lain.



"Cuma untuk konsert kali ini, saya ada lebih kurang tiga bulan untuk mempersiap diri terutama menjaga kualiti vokal," ujar beliau di sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Shah, selaku ketua kumpulan Slam, turut menjanjikan konsert kali ini berbeza berbanding sebelumnya biarpun jarak masa ia diadakan dekat.



"Sebagai pemuzik, sudah pasti kami mahu setiap persembahan kami dilakukan dengan susunan muzik yang berbeza dan pastinya konsert ini juga berbeza," jelasnya.



Kumpulan ini dianggotai oleh Zamani, Shah, Eddie, Ajak, Man dan Lily. Ajak dan Lily merupakan rakyat Singapura.



Tiket bagi menyaksikan konsert ini berharga antara RM73 (S$24.2) dengan RM353.



Ia boleh didapati secara dalam talian menerusi www.ilassotickets.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >