Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Spice Girls mahu muncul kembali

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Spice Girls mahu muncul kembali

Feb 24, 2018 | 03:44 PM



Kumpulan The Spice Girls yang popular sekitar tahun 90-an dijangka bergabung semula dan mencari ‘peluang-peluang baharu’ pada masa akan datang.



Kumpulan yang dianggotai oleh Victoria Beckham, Melanie Brown, Emma Bunton, Melanie Chisholm dan Geri Horner buat pertama kali sejak tahun 2012 berkumpul se­mula bersama-sama bekas pengurus mereka, Simon Fu­ller, di rumah Geri, baru-baru ini.



“Kami sangat bangga terhadap minat yang ditunjukkan oleh dunia terhadap The Spice Girls dan kami merasakan ini adalah masa yang terbaik untuk kami mencari peluang baharu yang luar biasa,’’ ujar mereka.



Malah kata mereka, banyak peluang menarik yang akan mengembalikan semula ‘sengat’ The Spice Girls dan pada masa yang sama memperkukuhkan mesej tentang ‘kuasa wanita’ ba­gi generasi akan datang.



Melalui akaun media sosial milik Emma, dia memberitahu, masa depan mereka nampak ‘memberangsangkan’ manakala Geri pula berkata girl power masih ‘hidup’.



Sejak penubuhannya, album kum­pulan tersebut terjual sebanyak 85 juta keping di seluruh dunia dan hanya dua daripada 11 album mereka gagal mencapai tangga pertama dalam carta British manakala tiga lagi album mereka berjaya memasuki lima tangga teratas carta Amerika Syarikat (AS).



Akhbar The Sun turut melaporkan, anggota kumpulan itu juga menimbangkan untuk mengadakan projek televisyen di China dan mewujudkan sebuah rancangan uji bakat baharu di te­levisyen selain me­ngadakan perjanjian dan album kompilasi bagi meraikan kejayaan mereka.



Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1994 itu berpecah pada tahun 2000 tetapi bergabung semula untuk konsert jelajah dunia pada tahun 2007 sehingga 2008.



Mereka bergabung semula untuk persembahan pada majlis penutup sukan Olimpik 2012 di London dan pelancaran muzikal Spice Girls ‘Viva Forever’.



Pada tahun 2016 rancangan Melanie, Emma dan Geri untuk bergabung semula gagal. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >