Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Suami isteri isi masa lapang berbakti di hospital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Suami isteri isi masa lapang berbakti di hospital

Hospital Besar Ng Teng Fong dan Hospital Masyarakat Jurong punyai lebih 300 sukarelawan sejak mulakan program pada 2014
Aug 15, 2017 | 05:30 AM



Ramai orang mengaitkan usaha menabur bakti sebagai sukarelawan dengan masa yang dihabiskan di rumah warga tua atau kanak-kanak berisiko, masjid dan golongan susah. Namun, terdapat juga relawan yang memperuntuk masa menemani dan berinteraksi dengan pesakit yang sedang dirawat di institusi jagaan kesihatan. Siapakah mereka dan mengapakah mereka memilih menghabiskan masa bersama pesakit yang tidak dikenali mereka? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) dan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) memapar beberapa daripada sukarelawan ini.



SELEPAS bersara pada 2015, Encik Nor Sam Afandi Shamsuddin, 67 tahun, banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen.



Ketika itu, beliau tidak terfikir hendak melakukan sembarang kerja sukarela. Namun, akhirnya, hasil ajakan isterinya, Cik Samsiah Mustafa, beliau kini menabur jasa di Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH).



Kini, seminggu sekali, beliau menantikan masa berkhidmat sebagai sukarelawan selama dua jam memberi tunjuk arah dan nasihat kepada pelawat hospital di Jurong East Street 21 itu.



"Senang kata, sebelum ini saya hanya banyak berehat sambil menonton televisyen semasa di rumah. Kadangkala, bosan juga rasanya. Maklumlah sudah berpuluh tahun saya kerja pulang lewat malam, sebelum bersara," ujar Encik Nor Sam.



Cik Samsiah, 66 tahun, seorang pesara guru, berkata beliau mengajak suaminya menjadi sukarelawan di hospital itu sebagai satu cara mengisi masa lapangnya.



"Yang pasti, beliau dapat terus bergaul dengan orang ramai dan meningkatkan rangkaian kenalannya.



"Lebih penting lagi, dengan tidak secara langsung, beliau dapat menggerakkan tubuh badanya memandangkan usia yang kian meningkat," katanya.



Pasangan yang mempunyai dua anak dan seorang cucu dan tinggal di Taman Jurong itu berkata kesihatan yang baik memberi peluang kepada mereka terus menabur bakti kepada masyarakat.



Selain memberikan maklumat tentang hospital itu kepada pelawat, mereka menemani pesakit yang dirawat di hospital itu ke acara konsert yang diadakan di situ sekitar sebulan sekali.



Sejak menjadi sukarelawan di hospital itu, pasangan tersebut belum diberi tugasan mengunjungi rumah pesakit yang berisiko dirawat semula di hospital - satu lagi program untuk sukarelawan.



Ditanya tentang pengalamannya sejauh ini, Cik Samsiah berkata kerjayanya sebagai pendidik sebelum ini membuat beliau berasa selesa berhadapan dengan pelawat.



"Saya tiada masalah berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.



"Dan saya juga perasan mereka yang sebaya saya juga selesa berbicara dengan saya tentang maklumat yang diperlukan mengenai hospital itu," ujar beliau, yang turut mendorong mereka yang sebaya supaya turut serta sebagai sukarelawan hospital itu.



Pada masa ini, NTFGH dan Hospital Masyarakat Jurong mempunyai lebih 300 sukarelawan berusia antara 16 dengan 70 tahun.



Dua institusi jagaan kesihatan itu mula menarik sukarelawan pada 2014 - sebelum kededuanya dibuka.



Mereka terdiri daripada pelajar, kakitangan profesional, suri rumah dan pesara.



Tahun lalu, kumpulan ini menyumbang lebih 7,500 jam secara sukarela - membantu pelawat, menjadi teman mendengar serta rakan berinteraksi kepada pesakit, termasuk bermain dalam permainan, menghasilkan rekaan seni dan persembahan muzik.



Untuk menjadi sukarelawan, mereka menjalani program orientasi, dan bagi mereka yang ingin melakukan kerja menjadi rakan pesakit, terdapat latihan sehari yang perlu mereka jalani.



Penolong Pengarah NTFGH dan Hospital Masyarakat Jurong, Cik Tan Hwee Ping, berkata program sukarelawan termasuk melayan pesakit, penjaga dan pelawat, teman di sebelah katil (bagi mencegah pesakit daripada terjatuh semasa di wad), muzik, seni dan permainan bergerak.



"Kami juga menyediakan program pendekatan masyarakat yang menggalak kesihatan dalam kalangan penduduk di acara pemeriksaan kesihatan serta menyertai program sebagai rakan kepada pesakit," tambah beliau.



Dianggarkan sukarelawan menyumbang sekitar dua hingga empat jam bagi setiap sesi bergantung pada program yang dipilih.



"Para sukarelawan ini memainkan peranan bukan sahaja untuk menjadikan pengalaman pesakit lebih baik, malah menjadi 'mata' tambahan yang memantau pesakit yang berisiko terjatuh agar jururawat dapat menumpukan lebih perhatian kepada kerja kejururawatan.



"Sukarelawan juga memainkan peranan penting dalam menggalak kesihatan apabila mereka menyokong pendekatan pemeriksaan kesihatan masyarakat," tambah Cik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >