WAKIL tunggal Singapura ke peraduan realiti Astro, Akademi Fantasia (AF) Megastar, Sufi Rashid, terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal' kelmarin apabila disingkirkan daripada pertandingan yang menjadi sebutan di bibir ramai pencinta dunia hiburan.
Sedang Sufi, 26 tahun, menganggap rezekinya hanya buat tiga minggu sahaja, sebilangan peminatnya begitu kecewa bercampur marah di media sosial dek keputusan yang dianggap berat sebelah.