SEDIKIT-SEDIKIT lama-lama jadi bukit. Apabila 10 sen dikumpul setiap hari, jumlah yang terkumpul boleh digunakan bagi menyediakan sajian buat golongan memerlukan.
Itulah usaha pemain ragbi nasional, Cik Azurah Khalid, 32 tahun, yang memulakan inisiatif sosial Lokalfeed & Kakis, yang menawarkan khidmat dalam talian penghantaran makanan sihat.