Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Tabah jaga suami dengan penuh kasih sayang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tabah jaga suami dengan penuh kasih sayang

Dec 17, 2017 | 05:30 AM



Apabila salah seorang anggota keluarga dikesan menghidap barah, maka dengan tidak secara langsung anggota keluarga lain biasanya memainkan peranan sebagai penjaga pesakit itu. Tapi apakah yang perlu dilalui penjaga pesakit barah? Bagaimanakah mereka dapat membantu meredakan penyakit yang dialami orang tersayang itu? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) melaporkan.



PERNAH beberapa kali Cik Masnah Rahim menitiskan air mata tatkala menjaga suaminya yang kini terlantar di atas katil di flat mereka.



Apakan tidak, suaminya, Encik Hussein Osman, 66 tahun, kini bergantung pada jagaan sepenuh masa beliau dan anaknya selepas hampir seluruh tubuhnya kejang akibat barah usus yang dihidapinya.



Padahal semasa mudanya Encik Hussein merupakan seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab.



"Isteri mana yang tidak sedih melihatkan keadaan suami yang dahulu sihat dan menjadi tunggak keluarga serta tempat saya bergantung, tapi kini sebaliknya pula?



"Isteri mana yang tidak sedih kalau suami tidak lagi mampu berkata-kata dan tidak lagi dapat memberi pelukan atau kata-kata indah kepada isterinya?



"Tapi atas dasar kasih sayang yang tidak terhingga, saya tetap tabahkan hati kerana saya yakin inilah bahagian dan ujian yang telah ditentukan Tuhan buat saya. Saya reda dengan pemberiannya," kata suri rumah berusia 60 tahun itu lagi, yang berkahwin dengan Encik Hussein 39 tahun lalu.



Encik Hussein mula mengalami nasib sedemikian sekitar 2014 selepas menjalani pembedahan barah ususnya.



Kini, bapa tiga anak yang sudah bercucu itu hanya mampu terbaring di atas katil di flat keluarganya dengan kaki dan tangannya kejang.



Kepalanya pula teleng ke kiri akibat tengkuk yang kejang juga.



Encik Hussein, yang dahulu seorang teknisyen di Lapangan Terbang Changi, sebelum itu menghidap penyakit Parkinson's (PD) yang amat serius sehingga memaksanya bersara awal pada usia sekitar 57 tahun.



"Saya diberitahu masalah yang dihidapinya kini ada kaitan dengan PD yang dialaminya.



"Tambahan pula, beliau tidak menjalani fisioterapi yang cukup," katanya.



Akibatnya, kini Cik Masnah terpaksa menjaga suaminya itu sepenuh masa.



Keperluan harian suami dijaganya setiap hari.



Ini termasuk membersihkannya setiap pagi, memberinya susu sebanyak lima kali sehari, menukar lampinnya sebanyak tiga kali sehari dan membersihkan beg stoma yang membantu pengeluaran najis sekali setiap lima hari.



"Saya kemudian perlu menolak tubuhnya untuk bantu beliau duduk seketika, selain menukar kedudukannya bagi mengelak masalah kulit akibat lama terbaring.



"Saya juga mengajak beliau berbual, bersenda dengannya dan saya cuba hiburkan hatinya.



"Tapi saya sedih kerana biasanya beliau hanya diamkan diri, setakat memberi isyarat menerusi kelopak matanya.



"Hanya sekali sekala beliau cuba senyum dan berbual, tapi sukar bagi saya fahaminya.



"Saya rindukan kenangan manis sebelum beliau terlantar begini, termasuk semasa kami keluar berjalan bersama," kata Cik Masnah sambil memandang suaminya yang terbaring di atas katil di ruang tamu.



Tambahnya, beliau melakukan semua rutin tersebut sejak sekitar tiga tahun lalu.



Ini termasuk tugasan dan keperluan rumah dengan bantuan dua anak lelakinya yang masih bujang, yang biasa dilakukan Encik Hussein sebelum jatuh sakit, seperti membayar bil, isu tentang simpanan dan lain-lain lagi.



Pada masa ini, kos bantuan berupa barangan keperluan harian Encik Hussein sehingga $1,000 setiap bulan, kos ambulans sebanyak $200 setiap tiga bulan dan baucar NTUC bernilai $35 - ditanggung Persatuan Ain.



"Isu kos memang sering saya fikirkan.



"Tapi apa yang lebih saya bimbangkan ialah sekiranya saya akan 'pergi lebih awal' daripadanya. Saya bimbang tiada siapa dapat memberikan tumpuan sepenuh masa seperti saya berikan kepadanya," tambah Cik Masnah dengan air mata yang mula bergenang.



"Tapi apa yang lebih saya bimbangkan ialah sekiranya saya akan 'pergi lebih awal' daripadanya. Saya bimbang tiada siapa dapat memberikan tumpuan sepenuh masa seperti saya berikan kepadanya."
- Cik Masnah Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >