SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tak sabar kembali ke sekolah selepas dapat ginjal baru

Tak sabar kembali ke sekolah selepas dapat ginjal baru

May 4, 2016 | 5:30 AM

Tak sabar kembali ke sekolah selepas dapat ginjal baru

JALANI PEMINDAHAN GINJAL: Bapa Hazrie Alisman Norahman, tujuh tahun, yang kini dirawat di ICU, NUH, selepas menjalani pemindalan ginjal, berharap anaknya dapat kembali ke sekolah seperti kanak-kanak lain. - Foto M.O. SALLEH
JALANI PEMINDAHAN GINJAL: Bapa Hazrie Alisman Norahman, tujuh tahun, yang kini dirawat di ICU, NUH, selepas menjalani pemindalan ginjal, berharap anaknya dapat kembali ke sekolah seperti kanak-kanak lain. - Foto M.O. SALLEH -

MUSIM peperiksaan pertengahan tahun kini sudah pun bermula.

Sedang kanak-kanak lain membuat persiapan bagi menghadapinya, Hazrie Alisman Norahman terlantar di hospital. Murid darjah satu itu pesakit ginjal yang baru sahaja melalui pemindahan buah pinggang.

Anak bongsu dua beradik itu menjalani prosedur lebih lima jam itu pada 20 April lalu di Hospital Universiti Nasional (NUH) dan kini dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Bapanya, Encik Norahman Abu Bakar, 36 tahun, berkata anaknya yang telah sedar itu dijangka terus dirawat selama dua minggu di ICU sebelum dibenarkan berpindah ke wad biasa.

"Mungkin selepas itu dia ditahan untuk satu lagi tempoh yang tidak dapat dianggarkan.

"Yang penting dia pulih semula dan dapat kembali ke sekolah menyertai rakan-rakannya yang lain, belajar dan menjalani kehidupan normal bersama mereka," kata Encik Norahman, pekerja kontrak dalam bidang logistik.

Laporan lanjut:

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg