Tania hanya "rakan biasa" Fattah

PETALING JAYA (Selangor): Pelakon Tania Hudson berkata, hubungannya dengan Fattah Amin hanya sekadar rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu.

Tania atau nama sebenarnya Tania Nadira Hudson, 31 tahun, berkata, dia hanya mengenali Fattah ketika menjalani penggambaran filem KL Special Force terbitan Skop Production kira-kira dua bulan lalu namun terkejut selepas dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan aktor itu dengan Neelofa.

"Saya terkejut apabila hari ini (Selasa) ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin.

"Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung apatah lagi berjumpa," ujarnya adik kepada aktres Natasha Hudson ini kepada mStar Online.

Tania ditanya mengenai dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan hubungan yang baharu berputik antara Fattah Amin dan Neelofa.

Tegas Tania, dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan hero drama Suri Hati Mr Pilot itu biarpun ketika mereka menjalani penggambaran bersama.

"Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika kami menjalani penggambaran filem itu sekalipun, saya tidak terlalu rapat dengannya.

"Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Lepas habis penggambaran kami buat hal masing-masing," ujarnya.

Ditanya, sama ada dia berasa bersalah terhadap perkara tersebut, Tania berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap kedua-dua mereka.

"Saya tidak ada rasa bersalah kerana saya kenal Fattah ketika penggambaran filem itu sebelum dia berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi.

"Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini," ujarnya.

Usaha mStar Online mendapatkan komen Fattah tidak berjaya kerana dia sibuk di lokasi penggambaran.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,209.470 -6.080