PADA usia 53 tahun, bukan mudah untuk mempertahankan stamina menari di atas pentas, apatah lagi melakukan pergerakan pantas tarian kontemporari.
Pengarah artistik Era Dance Theatre (EDT), Osman Abdul Hamid, yang memang pernah berpenyakit semput, bahkan akui kekadang beliau perlu membekalkan inhaler atau penyedut alat semput ketika beraksi di pentas.