PELUANG menghasilkan lukisan membolehkan pelukis buku kanak-kanak, Cik Soefara Jafney, mengunjungi tarikan pelancong, S.E.A. Aquarium, berulang kali.
Kunjungan yang membuatnya mempelajari tentang pelbagai jenis ikan itu sekali gus menjadi inspirasi bagi lukisannya dalam buku kanak-kanak berbahasa Inggeris, Sam, Sebbie and Di-Di-Di At the S.E.A. Aquarium, tulisan penulis setempat, Encik David Seow.