Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tesis terbaik usul aplikasi bantu warga senja berdikari

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tesis terbaik usul aplikasi bantu warga senja berdikari

Pada umur 40-an tahun, Cik Halimah Sha'ari dan Cik Hamidah Abdul Karim membuktikan usia bukan penghalang bagi terus mencapai kecemerlangan dalam bidang rekaan. Bahkan, bakat mereka diiktiraf sejauh Jerman dan Belgium. Jika Cik Halimah, yang cenderung dalam bidang rekaan grafik meraih anugerah tesis sarjana terbaik di Universiti Münster Sains Gunaan, gubahan bunga Cik Hamidah pula dipilih antara yang terbaik di dunia menerusi buku International Floral Art. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
Jul 26, 2016 | 05:30 AM



Anak Melayu cipta kejayaan di universiti Jerman, ingin menyumbang kepada Singapura



KARYAWAN reka bentuk boleh memainkan peranan lebih proaktif dalam menangani isu sosial, bahkan memperbaiki keadaan atau mengubah keadaan sekeliling mereka demi kebaikan.



Itulah pendirian anak watan Singapura, Cik Halimah Sha'ari, yang kini bermastautin di Jerman dan baru tamat pengajian Sarjana Maklumat dan Komunikasi dengan Kepujian di Universiti Münster Sains Gunaan di kota Münster.



Baru-baru ini, tesis peringkat sarjana Cik Halimah, 49 tahun, yang bertajuk Sayang, meraih Anugerah Tesis Sarjana Terbaik.



Penilaian dibuat 10 pengadil dalam industri maklumat dan komunikasi.



Tesis tersebut fokus kepada rekaan aplikasi yang boleh membantu komunikasi terjalin dalam rangkaian balai rakyat dan warga emas di kota kosmopolitan seperti Singapura.



Menerusi pemikiran reka bentuk dan kajian pengalaman pengguna, aplikasi mesra pengguna itu membolehkan warga emas berhubung secara mudah dan tanpa kesulitan kaedah canggih dengan pihak balai rakyat.



Sekali gus, warga emas didorong menjalani kehidupan berdikari dengan masalah kesunyian meniti usia senja dapat diatasi.



Menerusi khidmat bernilai tambah itu, warga emas yang aktif dapat membantu warga emas lain agar mendekati kegiatan bermanfaat di balai rakyat.



Ketika dihubungi Gah! menerusi e-mel, Cik Halimah, yang memiliki ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik kursusnya dalam bidang serupa, berkata:



"Saya sebenarnya terharu dengan pencapaian yang tidak diduga ini. Apa yang saya amalkan ialah sikap tidak mudah berputus asa dan rajin mendengar sebagai sebahagian kunci kejayaan.



"Saya masih lagi menguji keberkesanan aplikasi yang saya usulkan ini dengan mendekati warga senja bagi mengetahui keperluan mereka.



"Kerja sosial ini saya hentikan seketika sewaktu sibuk dengan peperiksaan tahun akhir dahulu, tetapi akan menyambungnya semula dengan berurusan bersama balai rakyat buat warga senja di Münster."



Namun, hasil kajian itu ingin dimanfaatkan bagi kegunaan Singapura atas keinginannya menyumbang semula kepada negara kelahiran.



Beliau yakin syarikat keusahawanan sosial di Singapura yang bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan boleh dibimbing dengan kaedah yang disarankan dalam tesis itu.



Tambahan pula, anak mantan Anggota Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kanan (Budaya), Allahyarham Sha'ari Tadin, itu banyak belajar erti menyalur bakti kepada masyarakat daripada arwah ayahnya.



"Setiap apa yang saya pelajari tak akan saya biarkan begitu sahaja. Saya ingin memanfaatkannya demi masyarakat khususnya warga perintis di Singapura yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan tidak wajar dibiarkan ketinggalan dalam apa jua kemajuan.



"Terdapat banyak isu sosial yang boleh diperbaiki atau diubah hasil suntikan idea karyawan reka bentuk seperti saya.



"Lagipun, berfikir dengan konsep rekaan dan kajian yang berpangkalan daripada pengalaman pengguna ialah kunci banyak kejayaan dalam dunia keusahawanan sosial dan perniagaan," katanya.



Cik Halimah, yang pernah memenangi Anugerah Pereka Muda pemberian Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), sudah berhijrah ke Jerman lebih sedekad lalu bersama suami, Dr Hermann Stratomeier, guru bahasa Jerman berusia 48 tahun. Anak mereka ialah Encik Muhammad Adam Mohd Daniel, 22 tahun, dan Ana Isabel, 16 tahun.



Encik Muhammad Adam kini di Singapura bagi menjalani Perkhidmatan Negara sebagai anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura. Ana Isabel pula menuntut di Jerman.



"Saya bersyukur suami banyak membantu dengan kerja rumah, bahkan memasak ketika saya sibuk dengan pengajian Ramadan lalu.



"Beliau juga sering memberi kritikan membina dalam tugasan saya dan adalah ayah yang aktif dalam pembangunan anak. Sebagai seorang pendidik, suami juga mengingatkan saya tentang jiwa prihatin arwah ayah saya," ujarnya.



Menurut Cik Halimah lagi, Dr Stratomeier kini sedang dalam proses menulis memoir bapa mentuanya, Allahyarham Sha'ari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >