Topik diikuti
Pergi ke BHkuTetap beri masa kerana minat mendalam
Memang tidak mudah mengimbangi komitmen kerja dan mengejar minat pada masa yang sama. Namun, kian ramai golongan profesional muda yang berkerjaya tidak melepaskan peluang untuk mendalami minat mereka dalam bidang tarian di Singapura. Wartawan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) meninjau strategi, dorongan, serta cabaran tiga penari muda yang berjaya mencapai keseimbangan tersebut.
Feb 18, 2018 | 5:30 AM
Tetap beri masa kerana minat mendalam
BAGINYA, masa bukan satu halangan untuk terus melakukan sesuatu yang digemari serta menyumbang kepada bidang yang diminati.
Demikian pegangan Cik Raihanah Rahmat, 28 tahun, yang mendorongnya untuk terus berkecimpung dalam bidang tarian Melayu dengan kumpulan tari Sri Warisan walaupun kini memegang jawatan pekerjaan sepenuh masa.