Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Tiga muka baru sertai 'exco'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiga muka baru sertai 'exco'

Oct 01, 2017 | 05:30 AM



TIGA muka baru merupakan antara 15 anggota jawatankuasa eksekutif Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis) yang telah dilantik semasa mesyuarat agungnya (AGM) yang berlangsung pada 19 Ogos lalu.



Ketiga-tiga mereka ialah Dr Mohamed Elmie Nekmat, 36 tahun, seorang penolong profesor di Universiti Nasional Singapura (NUS); Encik Muhammad Hasyim Mohamed Azmi, 33 tahun, seorang konsultan teknologi maklumat (IT) di SIS Marine Pte Ltd; dan Dr Muhammad Fadzli Hassan, 34 tahun, seorang pensyarah kanan di Akademi Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA).



Presiden Pertapis, Encik Hussaini Abdullah, 69 tahun, berkata pelantikan ketiga-tiga muka baru itu mencerminkan rancangan peralihan bagi jawatankuasa eksekutif pertubuhan itu pada masa akan datang.



"Memang kami sudah merancang proses ini buat sekian lama.



"Apatah lagi kebanyakan kami berusia lebih 50 tahun.



"Maka penting bagi kami dapatkan muka baru bagi tujuan peralihan jangka masa panjang," tambahnya.



Semasa dihubungi, Dr Elmie Nekmat berharap dapat menyumbang kepada pertubuhan tersebut terutamanya dalam kebajikan kanak-kanak yang diletakkan di rumah-rumah kebajikan Pertapis.



"Saya mempunyai tiga anak kecil dan saya faham akan perasaan kanak-kanak sebegini.



"Apatah lagi ramai di kalangan penghuni yang mengalami masalah dalam keluarga dan terpaksa dipisahkan daripada ibu bapa.



"Apa yang saya harap ialah sumbangan khidmat saya akan dapat dimanfaatkan golongan tersebut," tambahnya.



Bagi Encik Muhammad Hasyim pula, harapannya ialah menyumbang dari sudut pembangunan IT pertubuhan tersebut dalam semua aspek tadbir urus.



Sementara itu, Dr Muhammad Fadzli pula berkata tujuannya menyertai Pertapis ialah sebagai satu cara mengetengahkan 'perpektif generasi muda' kepada anggota lain dalam jawatankuasa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >