BERBEKALKAN pengalaman mencipta dan menggubah lagu, tiga tokoh muzik Nusantara akan memperkenal alam penulisan seni kata dan lagu yang dapat meninggalkan kesan kepada pendengarnya.
Mohd Khair Mohd Yasin (Khayas) dari Singapura, Siso Kopratasa dari Malaysia dan penyanyi terkenal Indonesia Ebiet G. Ade akan menyampaikan pengalaman dan pengetahuan mereka itu menerusi satu bengkel.