TTSH perkenal program perkasa warga tua

SATU program yang memperkasa warga tua agar dapat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif serta mencegah ditimpa kejadian tidak diingini, seperti terjatuh, telah diperkenal Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Diberi nama 'Melangkah Keluar Kepada Kehidupan Aktif', program itu melibatkan sekumpulan pakar penjagaan kesihatan mengunjungi pertubuhan sosial yang menawarkan pelbagai khidmat membantu warga tua.

Antara lain, mereka akan mengunjungi penduduk tua di rumah mereka.

Pakar penjagaan kesihatan itu antara lain akan mengajar warga tua tentang senaman menguatkan tubuh, menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi taklimat mengenai penjagaan kesihatan.

Ini termasuk cara menguruskan diri dengan lebih selamat di rumah.

Program itu dijalankan di bawah Jabatan Penjagaan Berterusan dan Masyarakat TTSH, salah sebuah institusi kesihatan dalam kelompok National Healthcare Group (NHG).

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.