DALAM tempoh kurang sehari, video muzik parodi, atau mimik, I Am Me yang memaparkan seorang nenek menerusi laman media sosial Facebook hasil nyanyian Adam Shamil mencecah sekitar 400,000 tontonan.
Video muzik yang dimuat naik pada sekitar 13 Ogos lalu itu dipengaruhi lagu tular Datuk Seri Vida berjudul I Am Me ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim daripada label KRU Music.