PELAKON Siti Elizad menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menghasut peminatnya mengecam salah seorang juri rancangan realiti Gempak Superstar, Fauziah Ahmad Daud, di laman sosial Instagram.
Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 32 tahun, berkata beliau sendiri tidak ada masa melayari laman sosial berkenaan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah sebegitu.