PENYANYI bersuara lantang Ziana Zain akui kehidupannya kini lebih bahagia di samping anak-anak selepas beliau dan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53 tahun, sah bercerai pada 12 Julai lalu.
Ziana, yang nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50 tahun, berkata beliau kini mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya dan juga membesarkan empat orang anaknya.