Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Acara menarik bagi pencinta F1

Sep 14, 2023 | 02:40 PM



Musim Grand Prix Singapura (GPSS) menonjol sebagai salah satu acara gaya hidup terbesar tahunan di Singapura.

Bagi mereka yang tidak berpeluang mendapatkan tiket perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1), anda masih boleh menikmati suasana meriah dengan menyertai pelbagai acara pada hujung minggu sambil merasakan suasana adrenalina perlumbaan yang berlangsung.

Replika kereta Scuderia Ferrari SF90

Replika kereta, Scuderia Ferrari SF90 dipamerkan di lobi Hotel Tower 1 di Marina Bay Sands dari 11 hingga 18 September untuk peminat dan pengunjung sukan permotoran.

Ia digunakan dalam Kejohanan Dunia F1 pada 2019. Ini adalah peluang terbaik untuk peminat bergambar bersama kereta merah yang menawan itu secara dekat.

Pameran Permotoran Alpine A10

Peminat kereta lumba jenis Alpine x Amos Ananda boleh melihatnya secara dekat di Wisma Atria.

Reruai Williams Racing

Penyokong Williams Racing kini berpeluang menikmati pengalaman reruai ‘pop up’ pasukan kereta lumba selepas ia berjaya mendekati para peminat di Miami, Montreal dan London.

Pada masa yang sama, peminat akan mendapat peluang untuk melihat kereta pameran model FW45, membeli-belah koleksi eksklusif Williams Singapore dan bermain perlumbaan simulasi Esports.

Reruai ‘pop up’ itu terletak di Raffles City Shopping Centre sehingga 2 Oktober.

Berbelanja Mercedes x Tommy Hilfiger

Peminat Mercedes boleh kelihatan lebih bergaya dengan menggayakan pakaian hasil kerjasama antara Tommy Hilfiger dengan Mercedes-AMG F1.

Peminat boleh mengunjungi butik mereka di Raffles City Shopping Centre. Harga sehelai baju bermula daripada $319.

Redbull x TAG Heuer

Kegilaan F1 melanda dan TAG Heuer, jenama jam tangan yang sinonim dengan perlumbaan kereta telah membuka reruai ‘pop-up’ dua tingkat yang hebat di luar ION Orchard.

Dibuka kepada orang ramai sehingga Ahad, ia turut mengandungi pameran kepingan warisan yang menceritakan bagaimana Monaco, salah satu model paling ikonik jenama itu, telah berkembang selama bertahun lamanya.

Turut dipamerkan ialah jam tangan jenama Carrera. Model itu direka oleh mantan ketua pegawai eksekutif jenama Jack Heuer untuk pemandu profesional dan peminat perlumbaan membuat penampilan sulungnya pada 1963.

Naiki trak Grand Prix
Singapura

Trak Grand Prix Singapura sentiasa dinantikan para peminat setiap kali musim F1 berlangsung. Peminat boleh menaiki trak tersebut.

Ia juga menyediakan pengalaman perlumbaan simulasi untuk peminat meniru jejak pelumba F1 seperti Max Verstappen, James Robert Baldwin dan Jann Mardenborough – yang juga peminat perlumbaan simulasi.

Daripada permainan bertemakan perlumbaan sehinggalah ke pesta ‘pop-up’ , para pelawat boleh melihat apa yang berlaku di belakang tabir litar jalanan selain mendengar penyampaian mengenai F1.

Perlumbaan simulasi disediakan di Palawan Green Sentosa dari 14 hingga 17 September.

Pesta Grand Prix Season Singapura (GPSS)

Acara GPSS kembali untuk edisi ke-14, yang menghidupkan suasana menyeronokkan serta pesta di seluruh pulau hingga 17 September. Terdapat pelbagai acara yang berlangsung di Orchard Road, Clarke Quay, Kampong Gelam dan Sentosa.

‘Orchard Pit Shops: GPSS Lifestyle Bazaar’ akan diadakan di Orchard dengan reruai menjual produk khas, makanan dan minuman, serta menawarkan persembahan muzik dan seni pemasangan.

Clark Quay pula akan mempunyai beberapa reruai ‘pop-up’ di CQ Street Market’ selain acara seperti senaman kecergasan, liga e-sukan permotoran, dan lain-lain lagi.

Peminat muzik juga boleh ke Clark Quay untuk menikmati acara ‘Music Matters Live’, sebuah festival muzik yang mengetengahkan persembahan oleh penyanyi tempatan Nathan Hartono dan Sezairi, selain artis dari 12 negara lain.

Singgah ke Kampong Gelam, bagi anda yang ingin menikmati sajian menyelerakan sambil menikmati suasana meriah selain muzik yang dipersembahkan secara langsung.

Beberapa reruai makanan dan minuman yang boleh dinikmati termasuk Padangton, GAOsyp’s dan Mr Pani Purii.

GPSS di Kampong Gelam akan berlangsung sehingga Ahad, 17 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >