Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aishah panik apabila seluar koyak

Oct 04, 2023 | 05:47 PM



Penyanyi lagu popular 1990-an, Janji Manismu, Datuk Aishah, berkongsi detik cemas apabila seluar yang digayakannya sewaktu membuat persembahan pada konsert minggu kedua All Stars Gegar Vaganza Ahad lalu telah terkoyak.


Menerusi perkongsian di Instagram, Aishah, 58 tahun, berkata beliau menyedari seluarnya terkoyak di bahagian kelengkang beberapa minit sebelum gilirannya membuat persembahan.

“Baju show ni bukan semua yang selesa tau...Dah pakai cantik-cantik, tak boleh nak lesek-lesek (lasak-lasak) bak kata ‘orang Nogori’ (Negeri Sembilan). Malam tadi kru dah panggil untuk ‘standby’, sekali saya perasan seluar saya koyak... betul-betul di celah kelengkang,” jelas juara Gegar Vaganza (Musim 4).


Menurut Aishah, disebabkan itu, penata gayanya terpaksa menjahit bahagian yang terkoyak tersebut dengan segera di belakang pentas.

“Bahan baju saya tu renda...memang halus. Haaa...’ambil kau’…terpaksalah dijahit bahagian seluar yang terjejas tu sambil berdiri. Tapi kena terima sahaja benda-benda macam ini akan berlaku dan cuba jangan panik. Alhamdulillah selesai sahaja menjahit tu, terus saya ke belakang pentas untuk ‘standby’,” ujar Aishah.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Janji Manismu itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya.


“Alhamdulillah, ada pasukan yang menyelenggarakan pakaian dan lain-lain. Saya masih menyesuaikan diri untuk mempunyai ramai orang menyiapkan saya. Mungkin kerana saya suka privasi sangat. Ruang peribadi yang ‘diceroboh’ orang ramai selama beberapa jam untuk siapkan saya.

“Yang nak betulkan solekan, yang nak ‘pin’ tudung, yang saat akhir nak jahit baju atas badan kita sambil orang ambil gambar lagi. Sambil cuba untuk fokus pada persembahan yang nak dibereskan lagi,” tambah Aishah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >