Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aliff Aziz mohon maaf kepada isteri jika komen gores hati

Oct 14, 2023 | 11:42 AM



Penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, telah memohon maaf kepada isterinya, juga pelakon dan penyanyi Bella Astillah, secara terbuka di akaun Instagramnya pada Jumaat, menyusuli kekecohan yang wujud dek kehadiran pelakon Sophia Albarakbah pada konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza yang disertai Aliff.


Sophia, 30 tahun, sebelum ini pernah dikaitkan dengan Aliff malahan didakwa menggugat rumah tangga penyanyi lagu Sayang Sayang itu apabila dikatakan kerap menghantar beberapa mesej dan menelefon Aliff di luar waktu kerja. Sophia dan Aliff berlakon bersama dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.


Mengulas perihal tersebut agar tidak disalah anggap Bella, Aliff, 32 tahun, menulis:

“Di dalam segala kekecohan yang melanda berhubung dengan isu ini sejak beberapa hari lalu, saya mohon maaf jika kenyataan yang saya beri dalam wawancara menyakiti perasaan awak atau membuat awak terasa, sayang. Saya tiada sedikit pun niat membuatkan awak kecewa dan bingit.

“Awak adalah sauh dan tunggak saya dan sejujurnya awak buat saya rasa lebih tenang dan lega. Walaupun mengharungi segala kekalutan ini, saya berasakan kasih sayang mendalam awak terhadap saya. Saya harap kita akan terus kekal terbuka untuk belajar dan akur mengaku pada setiap perbuatan kita dan moga Allah mudahkan kita mengharungi masa-masa sukar ini bersama.

“Saya ada di sini dan hati saya milik awak, Bella Astillah.”

Awal pada itu, Bella, 29 tahun, dalam rakaman video InstaStory pada Selasa malam, menganggap Sophia menipu kepada media tentang kehadirannya pada peraduan berkenaan, yang dikatakan adalah bagi menemani sepupunya Aisha Retno yang membuat persembahan bagi segmen YouTube program tersebut. Menurut Bella, nama Sophia tiada dalam senarai undangan Astro untuk menonton konsert minggu ketiga peraduan berkenaan.

“Selepas Aliff menyanyi, dia terus gerak balik. Sudahlah duduk depan wartawan, lepas itu nak menipu lagi. Tapi tak hairanlah dia ini dah biasa menipu dah biasa menipu dan putar belit,” jelas Bella, mengulas kenyataan Sophia yang menyatakan beliau pulang setelah persembahan Liza Hanim.

Bella turut mengulas kenyataan Aliff berhubung perkara ini dalam wawancara bersama Hlive. Kenyataan Aliff yang mengatakan beliau masih belum berhubung dengan Sophia mengundang rasa kurang senang Bella.

Bella telah memuat naik video temu bual Aliff bersama Hlive dengan kapsyen mempersoalkan kenyataan suaminya yang seakan-akan mahu menghubungi Sophia.

“Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke?” soal Bella.

Pada perkongsian yang sama, Bella turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya seperti mahu menjaga hati pihak lain berbanding isterinya sendiri.

“Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting,” luah Bella.

Ibu Aliff, Cik S. Hafiza Basharahil, turut berkongsi pandangannya pada hantaran Instagram Aliff.

“Sedang lidah lagi tergigit, ini ’kan pula suami isteri. Umi dan ayah sentiasa mendoakan Allah permudahkan semua urusan yang Abang (Aliff) dan Bella hadapi. Ujian yang datang kerana Allah sayangkan kita dan teguran dari-Nya. Usah termakan dengan permainan manusia. Reda, tawakal dan betulkan niat. Lillahi’taala. Tak terkira sayang umi pada Aliff dan Bella sampai bila-bila,” tulis Cik Hafiza.

Pelakon Didie Alias turut menyampaikan pesanannya buat Aliff.

“Fokus pada apa yang Aliff sedang lakukan untuk keluarga. Mummy tahu tak semua manusia sempurna. Sempurnakan diri buat Bella Astillah dan anak-anak Aliff. Menangi hatinya sampai penghujung nafas. Dia terlalu sayangkan Aliff. Mummy nak tengok Aliff kembali ke pentas dengan keyakinan diri yang baru dan fokus. Jadi juara di hati Bella okey? Sayang Aliff dan Bella,” tulis Didie.

Ada pula warganet yang menganggap peristiwa ini berlaku gara-gara wartawan yang mencucuk dengan soalan yang sepatutnya tidak ditanya.

“Cakap ringkas sahaja. Wartawan, jangan banyak sangat tanya soalan yang tak ada kena mengena dan mengguris hati. Cukup-cukuplah tanya tentang kerjaya dan GV. Moga Aliff dan Bella baik-baik sahaja. Allah lindung hubungan kalian berdua hingga ke Jannah,” tulis Ellyroslinda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >