Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

APA KATA PEMINAT...

Aug 30, 2023 | 08:04 PM



“Saya germarkan konsep All Stars Gegar Vaganza yang diperkenalkan sebagai menyatukan semua juara sembilan musim sekali gus melabuhkan tirai sembilan musim pertama sebelum rancangan kegemaran ramai ini dimulakan kembali pada musim ke-11 untuk satu putaran musim baru. Sukar nak memilih siapa bakal menjuarai GV kali ini. Semuanya handal-handa belaka. Saya juga alu-alukan pemilihan finalis lain dalam kategori ‘Hot Seats’. Kalau boleh, saya nak lihat Tomok, Ezad Lazim, Zarul dan Muss masuk bertanding sebab mereka berdaya saing dan sentiasa berikan yang terbaik di pentas GV.”


  • Penganjur acara hiburan dan karyawan keselamatan, Encik Halil Nasil, 39 tahun

“Dengan adanya konsep ‘juara lawan juara’, kita boleh tahu yang mana satu antara semua juara ini yang paling hebat di gelanggang pertandingan All Stars Gegar Vaganza. Lebih menyeronokkan adalah penyertaan lima finalis bukan juara yang akan merebut takhta johan pada musim ini. Saya berharap Suki Low, Nikki Palikat, Hazami, Bob Yusof dan Shila Amzah akan layak bertanding sama. Saya teruja sebab rasanya lebih banyak kejutan dijangkakan dan format pertandingan yang lebih menarik.”


  • Pendidik seni dan bakat nyanyian setempat, Encik Rozaimi Abdul Rahim, 37 tahun

“Saya sebenarnya mengharapkan pada musim ke-10, pihak Astro akan mengetengahkan barisan penyanyi ‘otai’ lain untuk bersaing seperti sembilan musim sudah. Mereka wajar diberi peluang dan pendedahan untuk bangkit semula untuk mencorak atau menjana jenama baru. Sebab yang juara pada musim-musim sudah, kita memang sudah tahu kebolehan mereka sebagai penghibur ‘power house’. Walau apa pun, saya sokong undian dibuka bagi penonton pilih finalis kegemaran mereka. Secara peribadi, saya suka kreativiti dan vokal Nikki Palikat, Suki Low, Shila Amzah, Tomok dan Bob Yusof.”


  • Penyanyi kumpulan Yezz, Shakhila Hamid, 54 tahun



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >