Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis S'pura, Indo gabung hasilkan pementasan boneka memukau

'Stream of Memory' guna boneka gabung elemen teater interaktif dan tarian, hibur penonton semua peringkat umur
Dec 14, 2022 | 05:30 AM



KANAK-KANAK yang sedang duduk bersila di depan panggung terbuka di Teater Singtel Waterfront, menunggu pertunjukan bermula, tetapi sebaliknya, beberapa pelakon-pelakon bertopeng duduk bersama dan mengajak mereka memancing ikan, seolah-olah mereka sedang duduk di tepi sungai.



Sebelum itu, di luar panggung, terdapat pameran buluh seperti sebuah kampung yang dibina atas air dan sebuah boneka besar.



Pertunjukan teater boneka selama sejam yang digerakkan oleh para pelakon dari Papermoon Puppet Theatre yang diterbangkan khas dari Yogyakarta ternyata berjaya memukau penonton daripada semua peringkat umur semalam.



Persembahan interaktif yang menyatukan konsep teater, tarian dan permainan boneka ini diserikan lagi dengan penataan cahaya yang baik dan rekaan dan penggunaan set dan prop menarik.



Bagi pengunjung yang belum lagi sempat melawat Singtel Waterfront Theater yang baru saja dibuka di Esplanade pada Oktober lalu, ini adalah peluang yang baik untuk mengalami sendiri ruang baru itu.



Produksi yang diberi judul Stream of Memory adalah sebuah ciptaan dan arahan Pengarah Artistik Bersama, Maria Tri Sulistyani, yang menceritakan tentang perhubungan antara manusia dan alam sekelilingnya.



Beliau dan para artis Papermoon Puppet Theatre yang terlibat, juga bekerjasama dengan pereka tari, penari dan pereka penata cahaya dari Singapura untuk menghasilkan produk keseluruhan.



Kata Maria: "Kami sudah sampai ke Singapura sejak November lalu, dan dalam lebih kurang tiga minggu, dapat menggabungkan apa yang telah kami reka untuk menjadikan persembahan malam ini."



Menurut Maria, kolaborasi bersama koreografer dan penari di sini adalah sangat menarik kerana mereka terpaksa bekerja dari tempat yang berbeza (Singapura dan Indonesia), dan proses itu harus berterusan dan kemudian digabungkan untuk membentuk persembahan itu.



"Ini juga satu proses kemanusiaan dan kepercayaan yang kami bina melalui kendalian projek ini," tambahnya lagi.



Memulai proses Stream of Memory, Maria telah melawat sebuah sekolah di Indonesia di mana kebanyakan daripada mereka tinggal berdekatan dengan sebuah sungai untuk mengetahui apa yang mereka alami dan rasakan apabila dapat bermain di situ.



Maria juga berkongsi bahawa mereka telah dapat mengumpulkan beg-beg plastik dari serata Indonesia untuk digunakan semula sebagai prop dalam persembahan itu, sekali gus menyematkan mesej penting tentang pengitaran semula dan menyanjung kemurnian alam.



Papermoon Puppet Theatre sudah terkenal di persada seni teater dan pernah disifatkan oleh akhbar New York Times sebagai "ruji dalam litar festival seni global".



Stream of Memory menceritakan tentang dua orang kanak-kanak, Sang dan Jung, yang sedang bermain di sungai tetapi akhirnya terpisah.



Sang kemudiannya berjumpa dengan Kali, raksasa baik hati yang hidup bersendirian.



Kali ialah boneka yang terbesar dalam pertunjukan itu, dengan ketinggian hampir empat meter.



Ini adalah kali pertama Papermoon Puppet Theatre menggunakan boneka sebesar itu sepanjang persembahan mereka sejak 2006 lagi.



Stream of Memory adalah sebuah projek yang telah dikomisyen oleh Esplanade untuk siri pembukaan Teater Singtel Waterfront, In New Light, yang telah menghasilkan beberapa persembahan sejak Oktober lalu.



Pada keseluruhannya, persembahan interaktif yang menggabungkan teater, tarian dan boneka malam tadi penuh aksi, emosi dan suatu hidangan visual yang sangat menarik perhatian.



Persembahan ini sesuai untuk tontonan anak-anak berumur enam tahun ke atas dan tiket-tiket dan butiran lanjut boleh didapati di laman esplanade.com




PERSEMBAHAN 'STREAM OF MEMORY'



Bila: 13 - 16 Disember

Masa: 8 malam



Bila: 17 & 18 Disember

Masa: 3 petang, 8 malam



Tempat: Teater Singtel Waterfront di Esplanade



Harga: Tiket-tiket berharga $30 ke atas




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >