Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ayda Jebat kata ‘tidak’ pada babak intim

Sep 06, 2022 | 07:10 PM



SEJAK bergelar isteri dan kini seorang ibu, pelakon Ayda Jebat kini berazam untuk menolakkan melakukan aksi intim dengan mana-mana pelakon lelaki.


“Kadang-kadang apabila tengok cerita membabitkan pelakon yang sudah berkahwin dan buat aksi-aksi tak sepatutnya ataupun melampau, terfikir juga bagaimana agaknya penerimaan pasangannya?” kata pelakon berusia 30 tahun itu.


Ayda, atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, berkata babak terlebih mesra atau keterlaluan tidak semestinya perlu ada dalam filem atau drama bagi memberi impak tertentu.


“Memanglah saya seorang pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan sudah dipegang. Saya sudah tidak perlu cerita cinta yang kena bertepuk tampar atau berpegangan tangan dengan lelaki.


“Era itu sudah berlalu dan saya kena didik peminat dan penonton dengan kita tidak perlukan filem sebegitu. Banyak saja filem atau drama seperti dari Korea Selatan yang tak perlu babak bersentuhan tapi masih buat kita senyum dan berbunga-bunga,” katanya.


Ayda juga merasakan babak sedemikian juga satu penderaan mental buat peminat.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >