Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bagai wujud ‘kempen #SukaSuki’ apabila bintang kesayangan tersingkir

Oct 03, 2023 | 05:30 AM



Tidak tahu bagaimana ingin merungkaikan perasaan saya ketika keputusan penuh peraduan realiti, All Stars Gegar Vaganza, diumumkan dalam program susulan Vazz Vaganza melepasi 12 tengah malam Isnin.


Pada satu pihak, saya gembira kerana Hady Mirza, wakil Singapura ke pertandingan yang menghimpunkan semua 10 juara Gegar Vaganza (GV) bagi sembilan musim sentiasa tidak mengecewakan.


Daripada berada di tangga kelima pada minggu pertama persaingan, beliau berjaya memecut ke tangga pertama dalam pusingan kedua seperti yang saya ramalkan sejurus Hady, 43 tahun, melontar suaranya bagi mendendangkan lagu balada romantis Michael Bolton, How Am I Supposed To Live Without You.


Ramai yang terkesima termasuk juri, Datuk Syafinaz Selamat, yang terasa bagaikan lagu itu Hady tujukan untuknya. Beliau meminta juara Asian Idol dan Singapore Idol (Musim Kedua) itu mengulangi bait-bait lirik yang menyentuh kalbu itu di hadapannya.


Sungguhpun gembira dengan kejayaan Hady yang berada di tangga teratas dengan markah 79 peratus, kesedihan menyelinap di hati kerana peserta kegemaran saya, Suki Low, 33 tahun, yang saya sangka sudah memberi yang terbaik bagi lagu ‘hit’ Keisya Levronka, Tak Ingin Usai, tersingkir pula seawal konsert minggu kedua.


Saya dan teman-teman Facebook yang sanggup bertunggu tangga tertanya-tanya: “Eh macam mana boleh jadi sebegini? Ingatkan ada lagi yang tidak memberi terbaik dan menyanyi ‘ke laut’ berbanding Suki yang saya tahu merupakan peserta gigih, kreatif dan berhemah dalam persembahan dan tingkah lakunya sepanjang bertanding dalam GV8. Markahnya cuma 56.25 peratus.

Selain Suki, juara GV7, Cliff Umar, 40 tahun, adalah seorang lagi peserta All Stars GV. Markahnya ialah yang paling rendah dalam kalangan 16 peserta iaitu 53.25 peratus.


Apabila disemak pesanan media sosial, boleh dikatakan ramai yang terasa tidak puas hati dan diasak dengan pertanyaan mengenai penyingkiran Suki. Sekali gus, saya terasa bagaikan ada kempen #SukaSuki yang sedang bersemarak di media sosial, menginginkan Suki kembali ke pentas All Stars GV.


Warganet bernama Affa menulis: “Kalau ikutkan penyanyi wanita membuat persembahan lebih baik daripada dua atau tiga peserta lelaki minggu ini. Tak adil untuk Suki terkeluar awal.”

Dengan tulisan penuh kekecewaan, ‘chedelsayang’ pula menambah: “Sedihlah... Manchester United kalah, Suki lagi keluar. Saya ambil cuti sakitlah esok. Tak ada ‘mood’ mahu kerja.”

Apabila ditanya tentang mengapa dua dan bukannya satu peserta tersingkir, Datuk Ramli MS dan Syafinaz berkata ia perlu dibuat begitu kerana enggan peraduan itu meleret dalam mengadili 15 peserta. 14 peserta dirasakan sesuai untuk minggu ketiga.

Syafinaz juga berkata ada yang tak sampai atau tidak kena pada suara Suki, mungkin tersilap pilih lagu meskipun Hetty Koes Endang yang mengulas persembahan Suki berasakan juara One In A Million itu tepat mengambil lagu Keisya yang kena dengan warna suaranya.


Ramai yang mengundi Suki dalam kategori ‘Hot Seat’ ini pula termasuk saya akan merindukan kreativitinya. Melihat rekod GV8, Suki jenis yang akan buat berlainan saban minggu bagai merancang konsertnya sendiri.

Cakaplah apa sahaja. Nyanyi lagu tradisional Melayu, lagu Korea sambil bermain piano, berduet dengan Khai Bahar, tampil ‘ganas’ dengan lagu hip hop, menari bagai terperangkap dalam era Abba ataupun terbaring atas katil bagaikan orang yang hilang akal... semua ini pernah dilakukan Suki. Tak pernah bosan melihatnya menyanyi.

Apakah kerana pihak penerbitan juga ingin naikkan ‘rating’, maka beberapa penyanyi dengan lautan peminat yang banyak dikekalkan sedangkan suara mereka biasa-biasa sahaja? Kreativiti pun tidaklah sehebat mana. Tang tu... tang tu juga.

Sememangnya segalanya mengikut cita rasa masing-masing. Penyingkiran peserta kadangkala dibuat kerana tersilap lirik, kurang ‘visual’ dan kurang vokal. Apabila Suki terkeluar, mulalah ramai yang menyalahkan Aliff Aziz (dari zaman GV8 lagi) dan Datuk Aishah (hanya kerana beliau menari atau beliau legenda).

Saya terfikir untung benar Zamani dan Siti Nordiana kerana mempunyai lautan peminat yang ramai. Pujian yang mereka terima di Twitter/X lebih banyak daripada lima peserta ‘Top 5’ yang dipilih juri. Kalau ada kecam mereka, boleh riot dada siber. Begitulah hakikatnya. Suara bagus sahaja tidak memadai. Sebab bukan hari-hari masuk gelanggang pertandingan.


Daya tarikan pada penonton juga perlu demi jangka hayat kerjaya seni. Tidak mudah sebenarnya bergelar anak seni. Nakkan suara ‘pitch perfect’ (serba sempurna), sebutan jelas tapi kalau saban minggu buat persembahan yang sama, orang pun naik jemu.

Walau bagaimanapun, sokongan wajar dan harus diberi kepada bakat yang bekerja keras macam Suki misalnya. Sebagai bukan Melayu, beliau menjunjung tinggi bahasa Melayu malahan banyak lagunya yang terakam juga dalam bahasa Melayu. Jauh daripada bermasam muka apabila tersingkir, Suki tetap berhemah bahkan meminta maaf kepada penyokongnya kerana perjalanannya hanya terhenti awal kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >